25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MTUC lucut jawatan Effendy Ghani sebagai presiden

    Shopee Sale

    Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengumumkan pelucutan jawatan presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani, atas dakwaan salah laku.

    Menerusi satu kenyataan, Pemangku Presiden MTUC, Dauzkaply Nor Ghazali, berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Am pada 19 Januari lalu. 

    “Jawatankuasa Disiplin MTUC telah membentangkan hasil siasatan salah laku Sdr  Mohd Effendy. Majlis Am telah berbahas dengan teliti dan memutuskan untuk melucutkan jawatannya sebagai presiden MTUC.

    “Dia juga  tidak dibenarkan bertanding pada pengundian kongres MTUC selama dua penggal iaitu bersamaan enam tahun,” katanya.

    Susulan pelucutan jawatan itu, Dauzkaply  berkata Mohd Effendy tidak dibenarkan mengguna, mewakili atau menghadiri apa-apa mesyuarat atau majlis atas kapasiti orginisasi MTUC bermula 19 Januari lalu.

    "Sebarang kenyataan daripada Mohd Effendy tidak boleh dianggap mewakili suara MTUC dan bukan tanggungjawab MTUC. 

    MENARIK:  Kesesakan jalan, hasil padi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    “Sebarang kenyataan beliau yang mengaitkan nama organisasi MTUC, dianggap mencemarkan nama organisasi MTUC," katanya.

    Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan dakwaan salah laku dihadapi Mohd Effendy.

    Mengulas lanjut, Dauzkaply berkata, MTUC adalah gabungan kesatuan yang sentiasa membela kaum pekerja dan bergerak berlandaskan perlembagaan kongres itu.

    Katanya, segala keputusan adalah secara kolektif dalam mesyuarat Majlis Am sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan MTUC.

    "Mesyuarat Majlis Am sudah mengarahkan Setiausaha Agung (MTUC) untuk menghantar surat bagi mengadakan perjumpaan dengan Menteri Sumber Manusia.

    "Tujuan perjumpaan itu adalah untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pekerja seperti gaji minimum, rang undang-undang pekerja gig, pindaan peraturan undi sulit dan lain-lain," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah