24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasilitator motivasi didakwa lakukan amang seksual remaja bawah umur

    Shopee Sale

    Seorang fasilitator motivasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kangar hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja lelaki bawah umur pada Julai lepas.

    Mohd Zulkarnain Atan, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja lelaki berumur 14 tahun di dewan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Padang Besar pada 9 pagi 10 Julai lepas.

    Bagi kesalahan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran

    Mohd Zulkarnain juga berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 11(1) akta sama.

    Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Okt sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala Mohd Zulkarnain diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Ayuni Ahmad.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah