30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP New Zealand diusir dari parlimen lepas gesa sekatan pada Israel

    Shopee Sale

    Seorang ahli Parlimen New Zealand diusir dari dewan perbahasan Parlimen pada Selasa dan digantung menghadiri persidangan untuk sepanjang minggu susulan ucapannya mengenai pengiktirafan negara Palestin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Ketua bersama Parti Green, Chloe Swarbrick mencabar ahli Parlimen kerajaan supaya menyokong rang undang-undang ahlinya yang membolehkan New Zealand mengenakan sekatan ke atas Israel “atas jenayah peranangnya.”

    “Jika kita dapat mencari enam daripada 68 ahli Parlimen kerajaan yang berprinsip, kita boleh berada di pihak yang benar dalam sejarah,” kata Swarbrick.

    Parlimen New Zealand

    Speaker Dewan, Gerry Brownlee menyifatkan kenyataan itu sebagai “sama sekali tidak boleh diterima” dan mengarahkan Swarbrick menarik balik kenyataan serta memohon maaf, atau meninggalkan dewan bagi tempoh seminggu.

    MENARIK:  Stok makanan terkawal, tiada gangguan bekalan - menteri

    Swarbrick enggan memohon maaf dan berkata beliau “dengan senang hati” akan meninggalkan dewan.

    Brownlee kemudian mengesahkan keputusannya, namun menyatakan Swarbrick boleh kembali pada Rabu sekiranya beliau membuat permohonan maaf.

    Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri David Seymour membantah tindakan Swarbrick meletakkan selendang Palestin atau keffiyeh, di kerusinya. 

    Pada Isnin, Menteri Luar Winston Peters berkata kerajaan New Zealand akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai pengiktirafan negara Palestin dalam tempoh sebulan akan datang.

    Hampir 150 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mengiktiraf negara Palestin, namun beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom, masih belum berbuat demikian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah