29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP: Mana datang duit PKR, DAP buat program di hotel?

    Shopee Sale

    Parti-parti pembangkang yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan dilihat 'luntur' perjuangan asal dan terjerumus dalam politik wang, kata Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.

    Bercakap pada satu majlis di ibu negara, Wong yang juga penyokong kerajaan berkata budaya politik yang 'rosak' semakin ketara, khususnya dalam pengundian parti yang berlangsung baru-baru ini melibatkan komponen PH.

    Menurutnya, budaya politik yang merosot itu jelas dapat dilihat dalam pengundian dalaman DAP dan PKR.

    "Kita kini menghadapi budaya politik yang rosak, dan politik wang telah menular, seperti yang anda dapat lihat semasa tempoh pengundian DAP dan PKR," katanya ketika berucap.

    MENARIK:  Tempoh sah kad media wartawan dalam talian dipendekkan

    Wong turut mengenang kembali zaman awal penglibatannya dalam PKR, zaman parti itu kekurangan dana dan menjalankan aktiviti ceramah di pondok kecil atau kedai kopi.

    "Ketika saya mula menyertai PKR, kita buat ceramah di pondok atau warung kopi. Tapi sekarang, ia diadakan di hotel-hotel mewah.

    "Dari mana datang semua wang ini? Saya pun tak tahu. Duit saya cukup untuk sara keluarga saya, tapi tidak cukup untuk biayai kerjaya politik saya," ujarnya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah