25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MOT tiada kuasa kawal tambang bas sekolah naik

    Shopee Sale

    Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

    Beliau berkata pihak kementerian tidak bertanggungjawab mengawal kadar tambang bas sekolah kerana isu ini tidak berada di bawah bidang kuasa mereka.

    “Tambang bas itu bukan di bawah kita, kita tidak ada kawalan. Tambang bas itu sudah tidak lagi regulated. Ia antara (perbincangan dan persetujuan daripada) pihak ibu bapa (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dengan pengusaha,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu kenaikan tambang bas sekolah yang dijangka meningkat antara RM5 hingga RM10 selepas sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang di Kuala Lumpur, hari ini.

    Sebelum ini, media melaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menggesa Kementerian Pengangkutan untuk campur tangan bagi mengelakkan kenaikan tambang bas sekolah yang dijadualkan bermula Februari ini.

    MENARIK:  Malaysia, Brunei meterai tiga dokumen dua hala

    Pada Rabu lepas, Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof memaklumkan pengusaha bas telah menyuarakan hasrat untuk menaikkan tambang berkenaan, namun keputusan akhir akan dibuat berdasarkan persetujuan antara mereka dan pihak ibu bapa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah