28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Monopoli projek kerajaan: Dua pemilik syarikat direman sehari

    Shopee Sale

    Dua pemilik syarikat direman sehari bagi membantu siastan kes rasuah berhubung kes monopoli semua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di Sarawak sejak 2006.

    Kedua-dua individu, masing-masing berusia 60 dan 65 tahun itu adalah antara lapan yang ditahan dalam operasi khas yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

    Mereka diwakili peguam Clement Hii, Alexander Ling dan Darren Ling, ditahan di beberapa lokasi di Sarawak antara 7 pagi hingga 12 tengah hari.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dalam satu kenyataan media semalam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    MENARIK:  Fahmi: Kabinet tak bincang isu titah adendum, sandwic ham

    Siasatan awal mendapati bahawa aktiviti monopoli projek ini telah berlangsung sejak 2006, dengan kontraktor didakwa membenarkan penggunaan lesen syarikat mereka sebagai pertukaran komisen sehingga 10 peratus daripada nilai projek.

    Selain itu, seorang jurutera awam turut ditahan kerana disyaki menerima bayaran bagi membantu mendapatkan projek daripada jabatan kerajaan berkaitan.

    Dalam operasi yang sama, SPRM turut merampas sebuah kenderaan Proton X70, wang tunai dan barang kemas yang dianggarkan bernilai sekitar RM450,000.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah