Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada sahih atau tidak dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tersebar sejak semalam.
Menurutnya, sekiranya dokumen itu sahih dan terperingkat, ia diklafikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Saya difahamkan ada laporan polis dibuat. Saya tidak boleh sahkan sama ada dokumen yang tersebar itu sahih atau pun tidak.
“Sekiranya ia dokumen yang sahih dan terperingkat, diklafikasikan terpakai di bawah Akta Rahsia Rasmi, jadi kita perlu berwaspada.
“Sekiranya ia sahih dan berstatus rahsia, terutama rakan-rakan media saya minta untuk berhati-hati jangan kita sebarkan kalau sesuatu dokumen itu terperingkat, maka Akta Rahsia Rasmi terpakai,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian pada sidanb media selepas merasmikan Program Festival AI yang berlangsung di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Angkasapuri.
[Berita penuh menyusul]





