26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mesyuarat khas bincang isu pembangunan di Gua Cenderawasih

    Shopee Sale

    Mesyuarat khas melibatkan pihak berkaitan termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pembangunan di Gua Cenderawasih, Bukit Lagi.

    Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata penggunaan kawasan geotapak di gua berkenaan sebagai tempat pembangunan akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat itu bagi membolehkan langkah penyelesaian terbaik dan harmoni dicapai.

    Dia berkata mesyuarat itu – yang akan diatur BPEN dengan JMG – adalah muktamad dan semua aspek berkaitan akan diteliti termasuk mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

    "Kalau sampai menjejaskan geopark, kita tarik diri, tak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kangar hari ini.

    Pada 18 Mei lalu media melaporkan bahawa JMG belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pengusaha mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan ulasan teknikal bagi pembangunan atau aktiviti pengoperasian kafe dalam gua itu.

    MENARIK:  Polis buru suspek curi kabel telekomunikasi di Batu Uban

    Dalam laporan media itu, JMG antara lain turut memaklumkan gua berkenaan terletak dalam kawasan geotapak Bukit Lagi iaitu sebahagian daripada Perlis Geopark, dan pemuliharaannya selari aspirasi Malaysia Madani yang menekankan keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam semula jadi demi kesejahteraan generasi akan datang.

    Mohd Shukri berkata kerja-kerja untuk pengoperasian kafe itu telah ditangguhkan serta-merta sebelum ini sehingga ketetapan berhubung isu pembangunan di gua berkenaan dimuktamadkan.

    Terdahulu, dalam perhimpunan bulanan itu, Menteri Besar melancarkan aplikasi aduan dalam talian, Electronic Complaint Perlis System (ECOMPS) yang merupakan inovasi dibangunkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis untuk memenuhi hasrat kerajaan negeri memperkasa sistem aduan awam menerusi penggunaan teknologi digital selaras Agenda Perlis Digital.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah