28.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri Kewangan II akan beri penerangan lanjut isu semakan SST

    Shopee Sale

    Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan memberi penerangan dan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar.

    Jurucakap Kerajaan MADANI yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau dimaklumkan yang penjelasan mengenai perkara tersebut akan dibuat melalui sidang media atau kenyataan rasminya.

    Fahmi berkata kerajaan sentiasa mengambil pandangan serius terhadap maklum balas yang diberikan berhubung semakan percukaian yang bakal dilaksanakan itu.

    “Seperti yang umum sedia maklum, apa yang dikutip melalui hasil ini akan disalurkan untuk pembinaan seperti sekolah dan hospital,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

    MENARIK:  Fahmi Reza mahu seret k'jaan ke mahkamah

    Pada 9 Jun, Amir Hamzah berkata kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar berkuat kuasa 1 Julai ini selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lepas bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian tanpa membebankan rakyat terbanyak.

    Kadar Cukai Jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

    Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah