33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mengaku terima rasuah, bekas ketua balai polis Cherating didenda RM20,000

    Shopee Sale

    Bekas Ketua Balai Polis Cherating hari ini didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas mengaku bersalah atas 40 daripada 98 pertuduhan menerima rasuah tiga tahun lepas.

    Hakim Sazlina Safie menjatuhkan hukuman denda RM500 atau penjara sebulan terhadap Anuar Yaakob, 56, bagi setiap pertuduhan. 

    Tertuduh membayar denda itu.

    Mengikut pertuduhan, Anuar yang ketika itu berpangkat Sarjan dan Sarjan Mejar, masing-masing di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan Balai Polis Cherating, telah menerima RM150 hingga RM1,000 daripada beberapa individu melalui pindahan wang ke dalam akaunnya tanpa balasan ketika menjalankan tugas rasmi. 

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari 2021 hingga September 2022 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    MENARIK:  Pukul OKU tak patut berlaku - Fahmi

    Terdahulu, mahkamah mengambil kira 58 lagi pertuduhan di bawah prinsip take into consideration (TIC) mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah sebagai sebahagian daripada rundingan representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

    Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ezuain Farhana Ahmad manakala Anuar diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah