24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo esok

    Shopee Sale

    Tiga pemilik akaun media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) akan dipanggil untuk rakaman percakapan esok, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan aduan kandungan yang dimuat naik menerusi media sosial disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

    “Rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, manakala untuk Papagomo pula di balai polis Setapak,” menurut kenyataan itu.

    Suruhanjaya itu memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  ‘Kelewatan projek Pan Borneo di Sabah ekoran isu pengambilan tanah’

    MCMC juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah