26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCA lapor SPRM, gesa siasat ketidakwajaran projek MyKiosk

    Shopee Sale

    Pemuda MCA hari ini memfailkan laporan kepada SPRM berhubung dakwaan ketidakwajaran dalam pelaksanaan projek MyKiosk di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong mengetuai penghantaran laporan itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bersama beberapa wakil Pemuda dan Beliawanis MCA.

    Menurut mereka, laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan menyeluruh terhadap projek berkenaan, yang sebelum ini mencetuskan persoalan awam mengenai ketelusan dan tatakelola pelaksanaannya.

    Rakaman video kenyataan Chong kepada media di luar pekarangan ibu pejabat SPRM turut dimuat naik di laman Facebook rasmi MCA.

    Semalam, KPKT berkata, pihaknya akan membuat laporan polis serta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran beberapa berita palsu mengenai projek MyKiosk.

    Menterinya, Nga Kor Ming berkata dia telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk mengesan individu yang menyebarkan berita palsu berkenaan.

    Katanya, aduan kepada MCMC itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Menurut Nga, tender bagi projek MyKiosk@KPKT dibuat secara telus dan semua 795 kontraktor terlibat dalam pemasangan dilantik oleh 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

    MENARIK:  ‘Dasar baru tangani dadah perlu tekankan pemulihan, bukan hukum’

    Mengenai dakwaan kos model MyKiosk yang tinggi, Nga berkata ia wajar kerana gerai MyKiosk 2.0 telah ditambah baik dan dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya panel suria dan bateri tahan lama, lampu LED, lampu LED latar, papan tanda LED, bateri mudah alih, rak mudah laras, kipas, tingkap hidraulik dan penebat haba bumbung.

    "Lagi satu, mengenai kos RM25,000 untuk satu gerai MyKiosk 2.0, itu adalah harga siling yang KPKT tetapkan. Jadi kontraktor perlu menawarkan harga lebih rendah daripada ditetapkan kementerian," katanya.

    Dia berkata statistik terkini menunjukkan jumlah pengisian MyKiosk 1.0 adalah 87.74 peratus atau 2,798 unit telah disewa manakala MyKiosk 2.0 pula, pengisian peniaga adalah 65.44 peratus atau 2,653 unit telah disewa.

    Projek MyKiosk@KPKT merupakan inisiatif kementerian untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa.

    Projek itu bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kios perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah