26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MB: Penjawat awam Perak, ketua kampung terima BKK Raya RM1,000

    Shopee Sale

    Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung.

    Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemberian itu turut melibatkan guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

    "Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri," katanya dalam ucapan pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Ipoh hari ini.

    Beliau yang turut menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-63 hari ini berkata bantuan khas itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan seramai 8,804 penerima.

    MENARIK:  ‘Saya akan ada rumah baru’ - Hamzah nak ‘reset’ landskap politik

    Seramai 800 penjawat awam menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Laman Seri Ridzuan di Ipoh dan turut menunaikan solat tarawih bersama Saarani.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah