31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat lelaki ditemukan di perairan Teluk Bahang

    Shopee Sale

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menemukan mayat seorang lelaki di 8.9 batu nautika barat laut Teluk Bahang di Pulau Pinang, semalam.

    Pengarahnya Kapten Maritim Razali Kasim berkata bot peronda APMM yang sedang menjalankan operasi menjumpai mayat itu dalam keadaan terapung dan tanpa sebarang identiti pada 2.45 petang.

    "Bertindak atas maklumat itu, sebuah lagi bot ronda APMM telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membantu proses pengambilan mayat tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata mayat dihantar ke hospital untuk dibezah siasat dan orang ramai diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam NG999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah