31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Maritim tahan bot pelancong beroperasi tanpa lesen di Pulau Perhentian

    Shopee Sale

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah bot penumpang tidak berlesen di perairan Pulau Perhentian, semalam.

    Pengarahnya Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata bot tersebut ditahan dalam Op Iman di kedudukan 11 batu nautika Timur Laut dari muara Kuala Besut.

    Beliau berkata bot tanpa nombor pendaftaran itu dikendalikan oleh seorang operator lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

    "Terdapat lapan pelancong luar negara berada dalam bot yang dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke Pulau Rawa (di sini) bagi melakukan aktiviti pelancongan.

    "Ketika pemeriksaan, operator bot tersebut juga telah mengemukakan lesen yang telah tamat tempoh yang jelas merupakan satu kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Khairulanuar berkata kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius kerana aspek pengabaian keselamatan melibatkan bukan sahaja operator bot, tetapi juga lapan penumpang.

    MENARIK:  Empat ditahan bergaduh di kasino, saki baki terlibat diburu polis

    Susulan itu, pihaknya telah menahan bot dan operator tersebut atas kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu membawa penumpang tanpa lesen sah serta insurans yang tamat tempoh.

    "APMM mengingatkan agar pengusaha bot yang membawa penumpang mematuhi undang-undang atau peraturan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini, terutamanya dengan kedatangan musim Monsun Timur Laut (MTL)," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah