27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mangsa banjir Sabah terus meningkat malam ini

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 3,427 orang daripada 1,449 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 3,266 orang daripada 1,401 keluarga pada 4 petang tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari tiga daerah iaitu, Pitas, Paitan dan Tawau ditempatkan di 27 PPS.

    MENARIK:  K'jaan akui peniaga berdepan halangan untuk teruskan Menu Rahmah

    Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang, diikuti Paitan (1,011) dan Tawau (245).

    Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah malam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah