32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysiakini dilarang buat liputan acara polis

    Shopee Sale

    Malaysiakini dilarang membuat liputan di sebuah acara polis di Selangor yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini.

    Acara “PDRM Special Dialogue II” bermula dengan perbincangan tertutup antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan pemegang taruh, antaranya agensi penguatkuasaan undang-undang lain bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Kewangan.

    Media sepatutnya dibenarkan membuat liputan pelancaran acara oleh Saifuddin, yang dijadual pada 12.30 tengah hari.

    Namun, sekitar jam 11 pagi seorang pegawai media Bukit Aman memberitahu wartawan Malaysiakini mereka tidak dibenarkan masuk ke acara itu.

    Larangan itu walaupun setelah Malaysiakini menerima undangan menerusi emel daripada Bukit Aman, dengan portal ini membalas undangan pada hari sama serta menyertakan maklumat dua wartawan yang ditugaskan untuk ke acara itu.

    Menurut pegawai itu, proses saringan dibuat dan mereka yang menerima emel undangan kedua pada 21 Ogos sahaja dibenarkan membuat liputan.

    Namun, apabila wartawan Malaysiakini memberitahu ada pengamal media lain yang datang tanpa undangan rasmi dan dibenarkan menerusi pendaftaran ad-hoc di venue, pegawai itu memberitahu wartawan “jangan persoal media lain”.

    Dia juga berkata “kami hanya mengikut arahan”, namun tidak memperincikan pihak yang memberi arahan itu.

    Malaysiakini telah meminta maklum balas Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan Saifuddin.

    MENARIK:  Pecah tanah 4 tahun lalu, satu kilang pun tak ada - Adun Galas

    Malaysiakini tidak pernah dilarang membuat liputan di mana-mana acara sejak PRU 2018.

    Kali terakhir Malaysiakini diminta beredar daripada membuat liputan adalah pada 2017, apabial seorang wartawannya diminta meninggalkan acara Kementerian Belia dan Sukan.

    Sebelum itu, Malaysiakini sering dilarang daripada membuat liputan di Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan sidang media di ibu pejabat MCA.

    Siasatan ke atas wartawan Malaysiakini

    Dua minggu lalu, polis melancarkan siasatan terhadap Malaysiakini dan tiga wartawannya berhubung laporan berkenaan kemungkinan rombakan kepimpinan tinggi Bukit Aman.

    Dari kiri: Wartawan Malaysiakini Shahrin Aizat Noorshahrizam, Hariz Mohd and B Nantha Kumar

    Tiga wartawannya dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 9 Ogos lalu, di mana pegawai penyiasat antara lain bertanya tentang identiti sumber yang dipetik dalam laporan itu.

    Namun wartawan bertegas untuk tidak mendedahkan identitinya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah