27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia sedia bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza

    Shopee Sale

    Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Fahmi, yang dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Turkiye, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin Mohammad al-Amour hari ini untuk membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan Palestin dalam pelbagai bidang.

    Beliau berkata terdapat banyak peluang yang boleh diteroka Malaysia dan Palestin, seperti transformasi digital, pembayaran dalam talian, bank digital dan e-dompet.

    "Saya fikir perkara ini akan banyak membantu dalam memulihkan ekonomi (Palestin)," katanya kepada Mohammad selepas menghadiri majlis penutup Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini.

    Mohammad yang mewakili kerajaan Palestin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak berputus asa memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.

    MENARIK:  NGO berdemo tuntut mansuh akta hasutan, solidariti aktivis Sabah

    Dalam pada itu, Fahmi turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Latihan Statistik, Ekonomi dan Sosial bagi Negara-Negara Islam (SESRIC) Zehra Zumrut Selcuk.

    Fahmi berkata beberapa peluang kerjasama boleh diteroka terutamanya melibatkan latihan global antara SESRIC dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) serta Akademi MCMC.

    Semalam, beliau memberi kenyataan sebagai wakil Kumpulan Asia negara-negara anggota OIC pada COMCEC, selain Qatar dan Gambia.

    Kunjungan ini merupakan kali pertama dalam tempoh 40 tahun seorang menteri Malaysia ke COMCEC yang kali terakhir dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah pada 1984.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah