31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia, Indonesia sepakat Asean perlu bersatu hadapi cabaran global

    Shopee Sale

    Malaysia dan Indonesia sependapat bahawa ASEAN yang bersatu padu dan stabil amat penting dalam menghadapi cabaran global semasa, sama ada daripada segi ekonomi, politik mahupun keselamatan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disepakati dalam pertemuan bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta, sempena lawatan rasmi sehari beliau ke republik itu, hari ini.

    “Sebagai dua negara pengasas ASEAN, Malaysia dan Indonesia menegaskan komitmen teguh untuk memastikan perpaduan serantau terus dipelihara dan kestabilan ASEAN dikekalkan.

    “Lantas hubungan erat Malaysia-Indonesia akan terus dijadikan teladan dan pemangkin kepada kesatuan ASEAN yang lebih utuh, demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan rantau secara keseluruhan,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

    MENARIK:  Saman fitnah: Caprice perlu fail pembelaan pada 2 Okt ini

    Anwar berkata dalam semangat saling percaya, Malaysia dan Indonesia turut berazam untuk menyelesaikan isu sempadan yang masih tertangguh dengan segera.

    Perdana Menteri berkata penyelesaian tuntas masalah sempadan termasuk isu maritim yang berlarutan menjadi keutamaan bersama agar kepentingan besar persahabatan dan kerjasama erat Malaysia-Indonesia sentiasa terpelihara.

    “Pendekatan menang-menang ini diharap dapat memperkukuh keyakinan dan kepercayaan antara kedua-dua negara tetangga serumpun.

    “Keserasian di sudut pandang ini mencerminkan hubungan persahabatan yang akrab serta hubungan strategik yang terjalin kukuh antara kedua-dua negara,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah