31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah benarkan Anwar tangguh prosiding saman Yusoff Rawther

    Shopee Sale

    Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke atas prosiding sivil yang difailkan Yusoff Rawther terhadapnya.

    Peguam Anwar, Rajasegaran S Krishnan dalam kenyataan berkata, keputusan panel tiga hakim itu bermaksud perbicaraan di Mahkamah Tinggi akan digantung sementara Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.

    MENARIK:  'Buli siber' terhadap Norza aktiviti dalam talian yang beretika - Pakar

    Pada 10 Jun lalu, Mahkamah Rayuan mengeluarkan perintah penangguhan sementara terhadap semua prosiding dalam saman sivil tersebut, di mana Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual ke atasnya pada 2018.

    Panel hakim sebelum ini juga membenarkan permohonan Anwar untuk penangguhan sementara menunggu keputusan permohonannya bagi penangguhan penuh prosiding.

    [Berita lanjut menyusul]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah