27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAHB sahkan kebocoran di KLIA akibat hujan ribut

    Shopee Sale

    Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan beberapa bahagian Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kebocoran susulan hujan ribut tengah hari tadi.

    MAHB dalam kenyataan memaklumkan pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah digerakkan untuk menangani situasi berkenaan sambil mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pembendungan dan perlindungan sistem elektrik.

    "Kami berhubung rapat dengan rakan kongsi untuk meminimumkan sebarang impak terhadap operasi," katanya.

    Menurut MAHB cuaca ekstrem dijangka berterusan hingga 6 petang ini dan langkah pemantauan dipertingkatkan telah dilaksanakan.

    Terdahulu, klip video berdurasi 26 saat yang menunjukkan berlakunya kebocoran dipercayai di balai berlepas terminal itu tular di media sosial.

    Sementara itu, MAHB dalam kenyataan berasingan memaklumkan penilaian teknikal akan dilakukan untuk menentukan punca kebocoran itu.

    MENARIK:  Isu miskin tegar, kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah - Anwar

    Langkah pembaikan dan pencegahan yang perlu juga akan dilaksanakan untuk mengukuhkan daya tahan KLIA terhadap kejadian serupa pada masa hadapan, menurut MAHB.

    Menurut kenyataan itu, kaunter daftar masuk K dan L telah terjejas dan kemudian dibuka semula selepas air dibersihkan dalam masa satu setengah jam dan pemeriksaan sistem penting mendapati kawasan itu selamat digunakan.

    "Fungsi asas lapangan terbang termasuk pemprosesan penumpang, pergerakan terminal dan sistem utama seperti Aerotrain dan sistem pengendalian bagasi tidak terjejas.

    "Pemeriksaan teknikal masih dijalankan dan beberapa fungsi sokongan terus di bawah pemantauan rapi," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah