34.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahasiswa mengaku tak bersalah pertuduhan aib kehormatan gadis

    Shopee Sale

    Seorang mahasiswa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah, di Alor Gajah, hari ini, atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang gadis pada Khamis lepas.

    Muhammad Amir Nabil Salehuddin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

    Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan terhadap seorang gadis berusia 20 tahun di dalam sebuah kereta di Jalan Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (Lebuh SPA), di Alor Gajah, kira-kira 1.13 pagi pada 4 Jun.

    Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan atau isyarat yang dimaksudkan untuk mengaibkan kehormatan seseorang yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    MENARIK:  OECD syor kerajaan perkenal semula GST, cukai pelepasan karbon

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin menawarkan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selain syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis berdekatan.

    Bagaimanapun, peguam Shahrul Amali Shafie memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan lelaki itu masih belajar, manakala ibunya merupakan pesara kerajaan.

    Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,600 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa selain menetapkan sebutan semula kes pada 15 Julai ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah