25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Madani Mart kekal harga rahmah tanpa subsidi kerajaan

    Shopee Sale

    Madani Mart yang diperkenalkan Yayasan Madani beroperasi tanpa bergantung kepada subsidi daripada kerajaan semata-mata, sebaliknya konsep kedai runcit harga rahmah itu menetapkan harga lebih berpatutan berbanding kedai lain.

    Turut ditekankan, aktiviti Jualan Rahmah sebagai kelebihan tambahan untuk ditawarkan kepada pelanggan.

    Perkara itu dikongsikan pemilik Madani Mart pertama – yang beroperasi di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang – iaitu Mohd Nor Hilmi Nawi ketika dihubungi Malaysiakini.

    Pemuda berusia 28 tahun itu memberitahu idea asal Madani Mart ialah untuk memudahkan akses orang ramai mendapatkan barangan keperluan asas pada harga paling murah sepanjang masa.

    “Kami mahu mereka tidak perlu menunggu program Jualan Rahmah dari semasa ke semasa, sebaliknya datang terus ke sini," katanya.

    Anak muda berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berkata, dia menyahut cabaran membuka kedai berkenaan selepas tertarik dengan konsep perniagaan yang ditawarkan Yayasan Madani.

    Sebagai orang awam sebelum ini, katanya, dia sering tercari-carai serta menunggu kesempatan untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga murah.

    "Apabila ada peluang dan bertemu dengan Yayasan Madani, saya ambil keputusan untuk cuba terbabit secara langsung dengan membuka Madani Mart.

    "Saya pun rasa bertuah jugalah sebab ini cawangan pertama dan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya.

    Lokasi strategik penting

    Madani Mart dirasmikan Anwar ketika dia mengadakan lawatan kerja sehari di Kuantan pada 3 April lalu. Turut hadir Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

    MENARIK:  Selangor umum bantuan khas setengah bulan gaji untuk penjawat awam

    Graduan Ijazah Sarjana Muda Landskap Arkitek di UiTM Puncak Alam, Selangor itu turut menjelaskan kos bagi pembukaan sebuah cawangan Madani Mart ialah hampir RM400,000.

    "Untuk bermula dari kosong, memang kosnya sekitar RM400,000 dan Yayasan Madani yang sediakan semuanya – daripada lakaran awal, ubah suai kedai, inventori, pembekal, pelancaran, reka bentuk dalaman dan promosi... mereka uruskan.

    "Kriteria kedai pun dah tersedia dan boleh dirujuk dalam laman sesawang Yayasan Madani.

    “Memang kena ada dua lot atau dua pintu bagi memastikan semua barang ditetapkan dapat dijual," katanya.

    Mohd Nor Hilmi memaklumkan, kos untuk peniaga sedia ada yang ingin menyertai rangkaian atau membuka Madani Mart mungkin berbeza mengikut tahap tertentu.

    Ketika ditanya kenapa dia memilih untuk membuka Madani Mart di Indera Mahkota dan bukan di tempat kelahirannya, Mohd Nor Hilmi memberitahu, pengundian lokasi itu dibuat selepas perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Fuziah.

    Katanya, lokasi cawangan Madani Mart itu juga dipilih dengan kerjasama KPDN Pahang selepas membuat analisis penilaian risiko.

    Menurut Mohd Nor Hilmi dia melihat lokasi berkenaan berpotensi kerana tidak banyak perniagaan lain untuk bersaing.

    "Lokasi juga strategik kerana ia laluan utama untuk ke pusat bandar raya Kuantan, jadi orang boleh nampak Madani Mart dan memudahkan mereka untuk singgah jika ingin mendapatkan barangan yang mereka perlukan," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah