31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM reman dua anggota polis disyaki minta, terima rasuah

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota polis bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu terlibat dalam kes narkotik, bulan lepas.

    Perintah reman enam hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini.

    Sumber SPRM berkata dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan kira-kira 5 petang semalam ketika menghadiri proses kawad cam di pejabat SPRM Melaka.

    MENARIK:  Trump: Israel-Lubnan setuju gencatan senjata 10 hari

    “Siasatan awal mempercayai mereka melakukan perbuatan itu pada 5 Jan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh serta menerima rasuah itu secara tunai,” katanya.

    Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah