29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke, Onn Hafiz berkongsi pentas demi kesejahteraan rakyat

    Shopee Sale

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi hari ini berkongsi pentas sempena pada Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen KTM Kulai.

    Kedua-dua pemimpin itu terus bersalaman dan berbual mesra selepas masing-masing berbalah sejak minggu lalu berhubung beberapa isu membabitkan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Onn Hafiz yang memulakan majlis itu mengucapkan 'selamat datang' kepada Loke dan pasukannya ke negeri Johor.

    “Majlis ini cukup bermakna buat negeri dan rakyat Johor. Walaupun jemputan diterima pada saat akhir, saya pinda dan susun semula jadual program pada hari ini. Sebenarnya saya ada tetamu dari Universiti Harvard hari ini.,” katanya.

    Menurut Onn Hafiz, walaupun berada dalam suasana luar biasa, mereka harus kekal profesional dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai pihak kerajaan demi kesejahteraan rakyat Johor.

    “YB Menteri, mungkin kita ada perbezaan dalam banyak perkara. Ya, mungkin saya tak berapa tinggi kalau nak dibandingkan dengan YB Menteri, yang jauh lebih besar. Besar dari segi kuasanya, besar dari segi peruntukannya.

    “Namun begitu, saya percaya, serendah atau sebesar mana pun kedudukan kita, amanah seorang pemimpin tetap sama, bekerja demi kepentingan rakyat dan memudahkan kehidupan mereka.

    “Rakyat tidak menilai siapa yang paling banyak mengumumkan projek. Rakyat menilai siapa yang benar-benar menyampaikan hasil yang terbaik untuk mereka. Di situlah sebenarnya rendah atau besarnya seorang pemimpin dinilai.

    “Bangsa Johor halus bicara, tegasnya tidak meninggi suara, orang bertandang kami gembira, Asalkan jaga adab dan bahasa,” kata Onn Hafiz yang juga pengerusi BN Johor.

    Sementara itu, Loke yang adalah setiausaha agung DAP berkata, kerajaan pusat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri, sama ada ia ditadbir gabungan parti politiknya sendiri ataupun gabungan parti politik lain, seperti di Johor.

    MENARIK:  Kes projek Jana Wibawa: Keputusan Wan Saiful dapatkan penyata bank 23 Mei

    “Isu politik itu tepikan dahulu, kita akan selesai secara politik, tetapi soal kerja, perkhidmatan kepada rakyat kita akan jalankan tanggungjawab seperti biasa, kita akan laksanakan kerja untuk rakyat di semua negeri,.

    “Saya nak beri jaminan kepada Datuk Onn Hafiz, walaupun kita tahu ini musim pilihan raya, ada keadaan agak luar biasa tetapi jangan bimbang. Sebagai menteri pengangkutan, saya akan bersikap profesional untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri,” katanya.

    Hubungan antara BN dan DAP di peringkat negeri Johor berkecamuk susulan peranang kenyataan terbuka antara pemimpin utamanya.

    Segala-galanya bermula apabila menteri besar itu menegaskan bahawa tiada ruang kerjasama antara BN dan DAP dalam pembentukan kerajaan negeri pasca-PRN depan. Onn Hafiz malah berkata dia sanggup melepaskan jawatannya daripada menggadaikan prinsip tersebut ketika berucap di Iskandar Puteri baru-baru ini.

    Bagaimanapun, Loke yang menyifatkan kenyataan itu sebagai angkuh menyelarnya dengan membangkitkan realiti politik di peringkat pusat.

    Menurutnya, pendirian tegas di peringkat negeri itu agak ironik kerana Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, tiada masalah untuk bermesyuarat dan duduk semeja bersama dengan DAP hampir setiap minggu pada mesyuarat kabinet.

    Susulan itu, Sabtu lalu, Loke menjemput Onn Hafiz untuk menaiki KTM Komuter baharu bersama-sama dengannya pada majlis peluncurannya, hari ini.

    Pada majlis hari ini, Onn Hafiz tidak bersama perjalanan menaiki tren selepas ucapan mereka kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah