25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    LKAN rujuk status pembinaan LCS terdahulu, bukan terkini – menteri

    Shopee Sale

    Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berhubung proses pelaksanaan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu, dan bukan yang terkini.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembinaan LCS diteruskan sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan, malah pihaknya telah meluncurkan kapal LCS pertama ke dalam air untuk ujian pada 23 Mei lepas.

    "Pelaksanaan pembinaan LCS pertama setakat ini mengikut jadual dan peranancangan ditetapkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di Machang malam tadi.

    Sebelum ini media melaporkan semakan audit mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga 31 Disember 2022 adalah rendah, berbanding sasaran 18 kapal ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

    MENARIK:  KKM perhalusi cadangan polisi baru isu pelantikan, penempatan doktor

    Jumlah perolehan itu jauh lebih rendah berikutan hanya empat kapal diterima atau 22.2 peratus dengan sembilan lagi dalam proses pelaksanaan perolehan daripada keseluruhan enam kapal LCS, 10 kapal misi pesisir (LMS) dan dua kapal sokongan pelbagai guna (MRSS).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah