31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Little Napoleon’ di PBT: Kerajaan ambil serius teguran Raja Perlis

    Shopee Sale

    Kerajaan negeri mengambil serius teguran Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail semalam mengenai kewujudan little Napoleon dalam Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar).

    Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya amat menghargai keprihatinan baginda serta menjunjung kasih atas titah itu yang dilihat sebagai peringatan penting untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lebih cekap dan berintegriti.

    “Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri menjadi lebih efisien,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kompleks Seri Putra di Kangar hari ini.

    MENARIK:  Bernas salur bantuan khas RM90 juta untuk pesawah

    Semalam, Bernama melaporkan Tuanku Syed Sirajuddin – semasa bertitah menyempurnakan majlis pecah tanah Wisma MPKangar – telah menegur beberapa pegawai majlis perbandaran itu yang disifatkan sebagai little Napoleon kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik dan boleh mencemarkan nama baik agensi berkenaan.

    Baginda bertitah MPKangar secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dengan baik namun masih terdapat segelintir pegawai yang perlu segera mengubah sikap dan cara mereka bekerja.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah