25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan

    Shopee Sale

    Lelaki yang dipercayai memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Chain Ferry di sini pada Sabtu lepas ditahan polis petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

    “Permohonan reman akan dibuat terhadap suspek bagi menjalani ujian darah serta siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Beliau berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Chain Ferry kira-kira 2.15 petang.

    MENARIK:  Meta beri jaminan siaran langsung himpunan pro-Palestin esok tak diganggu - Fahmi

    Beliau berkata siasatan awal di lokasi mendapati nahas berlaku apabila kereta dipandu suspek tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah pacuan empat roda yang kemudian merempuh dua kenderaan lain.

    Insiden itu menyebabkan dua pemandu kereta cedera ringan manakala pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau BSPT IPD SPU di talian 04-5741421,” katanya.

    Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang memandu melawan arus sebelum melanggar beberapa kenderaan lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah