25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki OKU maut digilis tren LRT

    Shopee Sale

    Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali LRT laluan Ampang-Sri Petaling mengesahkan satu mayat ditemui di landasan kereta api di stesen Titiwangsa pagi tadi.

    Rapid Rail turut mengesahkan gangguan perkhidmatan sementara antara PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, bagi memberi laluan kepada operasi melibatkan polis, bomba dan penyelamat, serta perkhidmatan kecemasan.

    Secara berasingan, pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, serta polis daerah Sentul, mengenal pasti mayat yang ditemui di tempat kejadian adalah seorang lelaki OKU penglihatan.

    Komander Operasi FRD KL Fadil Hesam Mohd berkata pasukan dari balai bomba Sentul dan Titiwangsa diarah ke tempat kejadian berdasarkan panggilan kecemasan yang diterima pada 8.38 pagi melalui sistem MERS-999.

    MENARIK:  PN lucutkan jawatan Radzi, Azmin

    "Berdasarkan siasatan awal, dipercayai mangsa terjatuh di kawasan rel kereta api sebelum dilanggar oleh sebuah kereta api yang melintasi kawasan tersebut.

    "Kejadian ini dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa yang terjatuh, tanpa disedari oleh pemandu kereta api," katanya.

    Fadil berkata pihak berkuasa telah mengikuti semua prosedur yang diperlukan dalam mengeluarkan mayat dari tempat kejadian, untuk memastikan keselamatan dan kelancaran siasatan yang sedang dibuat.

    "Pihak berkuasa kini sedang meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

    "Siasatan juga akan melibatkan pemeriksaan rekod operasi kereta api pada waktu kejadian," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah