26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di Melaka

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi Jalan Ong Kim Wee, Gajah Berang di Melaka semalam.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.10 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.

    "Sepasukan anggota dari Balai Polis Tengkera bersama dengan pegawai penyiasat dan anggota forensik digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut manakala pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Tengkera yang berada di lokasi mengesahkan lelaki berusia 50 tahun itu telah meninggal dunia.

    MENARIK:  Bekas hakim cadang tambah baik dasar padam berita portal

    “Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bezah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah