28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki ditemui mati dalam longkang dekat rumah terbakar

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditemui mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong, Sungai Bidut, di Sibu malam tadi.

    Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Sarawak, Andy Alie, berkata lelaki terbabit dikenali sebagai Ngu Hieng Sie, 58, ditemui dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.

    Katanya panggilan kebakaran diterima pada jam 7.50 malam dan pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah terus digerakkan ke lokasi.

    MENARIK:  Mekanik dijatuhi hukuman mati, edar syabu hampur 200kg

    “Anggota bomba menemui lelaki tersebut di dalam parit dipenuhi air berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai terkena renjatan elektrik kerana semasa diperiksa masih terdapat aliran elektrik di kawasan berair tersebut,” katanya dalam kenyataan awal pagi hari ini.

    Andy berkata mayat Ngu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Semasa kejadian, kata Andy, seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi penghuni tidak berada di rumah kerana keluar ke bandar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah