26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki didakwa guna mesin cetak tanpa lesen, terbit bahan lucah

    Shopee Sale

    Seorang pengurus syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menggunakan mesin cetak tanpa lesen dan menghasilkan penerbitan bahan lucah menggunakan mesin cetak, Jun lepas. 

    Chin Chiang Swee, 44, didakwa menggunakan mesin cetak tanpa lesen daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah syarikat percetakan di Desa Tun Razak, Cheras di Kuala Lumpur pada 10 pagi, 21 Jun.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

    MENARIK:  Tiada ketegangan dalam Umno lepas Tengku Zafrul keluar parti - Zahid

    Beliau juga didakwa menghasilkan penerbitan bahan lucah dengan menggunakan mesin cetak di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 4(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang memperuntukkan hukuman serupa.

    Pegawai Pendakwa daripada KDN Muhamad Aliff Zahril Mohd Azhar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala peguam Adam Haikal yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga. 

    Hakim Izralizam Sanusi membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 6 Jan 2025 untuk sebutan kes. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah