30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki 19 tahun direman kes tikam teman wanita

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan yang ditikam sehingga cedera parah di sebuah kampus institusi pengajian tinggi (IPT) dekat Sungai Petani, Kedah, semalam.

    Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret M. Kalaiarasi di Hospital Sultan Abdul Halim, berikutan suspek sedang mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan pada jarinya akibat bergelut dengan mangsa yang dikatakan teman wanitanya.

    Tempoh reman tersebut adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

    Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam oleh rakan lelakinya dalam kejadian di sebuah kampus IPT dekat Sungai Petani, pagi semalam.

    MENARIK:  MP DAP tuntut jawapan jelas KDN mengenai notis merah Interpol Jho Low

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Wan Azharuddin Wan Ismail, yang mengesahkan penahanan lelaki itu, memberitahu bahawa suspek merupakan bekas penuntut IPT tersebut, manakala mangsa masih menuntut di situ.

    Katanya sebelum kejadian, suspek telah berjumpa dengan mangsa pada pukul 10.30 pagi semalam untuk berbincang mengenai hubungan mereka. Namun, mangsa dikatakan tidak mahu meneruskan hubungan tersebut.

    "Suspek yang marah telah menikam mangsa di belakang badan dan juga leher dengan menggunakan pisau yang dibawanya. Suspek melarikan diri namun ditangkap selepas kejadian," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah