27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 400 artis sertai boikot sasar Israel

    Shopee Sale

    Lebih 400 penyanyi dan artis dari seluruh dunia menyertai boikot budaya yang bertujuan menarik karya muzik mereka daripada platform penstriman digital Israel sebagai protes terhadap genosid berterusan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

    Imej rakyat Palestin - khususnya kanak-kanak - yang menderita kelaparan akibat serangan berterusan Israel telah mencetuskan kemarahan global yang semakin meningkat serta gesaan untuk bertindak.

    Menurut akhbar Haaretz, inisiatif itu dilancarkan dengan slogan “No Music for Genocide”, menyeru para artis menarik keluar karya mereka dari platform Israel sebagai bentuk protes.

    Antara yang menandatangani termasuk kumpulan terkenal Britain Massive Attack, kumpulan Scotland Primal Scream, band indie Amerika Syarikat Japanese Breakfast, penyanyi-penulis lagu AS Carole King, bintang pop Jepun Rina Sawayama, serta seniman Denmark MØ.

    Dalam kenyataan, penganjur kempen berkata boikot itu bertujuan memberi tekanan kepada syarikat rakaman utama - termasuk Sony, Universal dan Warner - supaya mengikut langkah yang pernah diambil selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dengan mengenakan tindakan serupa terhadap Israel.

    MENARIK:  Kemalangan libatkan ambulans: Seorang cedera parah

    “Budaya tidak dapat menghentikan bom dengan sendirinya. Tetapi ia boleh menolak penindasan politik, mengubah pendapat umum ke arah keadilan, dan menolak usaha “art-washing” serta normalisasi oleh mana-mana syarikat atau negara yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan,” menurut kenyataan itu.

    Boikot tersebut adalah sebahagian daripada gelombang protes budaya, sukan dan seni di seluruh dunia terhadap serangan berterusan Israel di Gaza.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah