25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 114,000 ahli PKR pilih pimpinan peringkat cabang hari ini

    Shopee Sale

    Kira-kira 114,318 ahli PKR hari ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk Pemilihan PKR di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang melibatkan negeri Selangor, Melaka dan Perlis.

    Proses pengundian pimpinan cabang di tiga negeri itu berjalan lancar dengan jangkaan pengumuman keputusan undian dibuat malam ini.

    Timbalan Pengerusi PKR Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata kira-kira 98,000 ahli terlibat dalam proses pengundian bagi negeri berkenaan, dengan ramai antara mereka memilih menggunakan kaedah pengundian secara dalam talian kerana ia lebih memberi ruang sendiri untuk mengundi calon pilihan mereka.

    “Kira-kira 98.5 peratus ahli dijangka membuat pengundian calon secara dalam talian, manakala bakinya dibuat secara fizikal, mungkin membabitkan mereka yang kurang faham dengan sistem baharu atau pun warga emas.

    “Setakat ini suasana pengundian di Selangor berjalan dengan lancar dan kita jangka jika keadaan ini berterusan, mungkin di sebelah malam keputusan pengundian hari ini akan diketahui,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Muhammad Asri Ibrahim pula berkata 11,318 ahli PKR di Melaka melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi calon pilihan mereka.

    Beliau berkata ia membabitkan 3,558 pengundi bagi Cabang Hang Tuah Jaya, Alor Gajah (2,495), Tangga Batu (1,667), Melaka Tengah (1,627), Kota Melaka (1,200) manakala Jasin (771).

    MENARIK:  ULASAN | Bila dasar perumahan gagal, ‘kuil haram’ jadi krisis buatan

    "Daripada 11,318 ahli itu, 94 pengundi akan melaksanakan pengundian secara fizikal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kerana membabitkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) manakala selebihnya secara dalam talian.

    "Pemilihan pada pagi ini berjalan lancar setakat ini kerana pengundian dilaksanakan secara dalam talian dan kita menjangkakan keputusan pengundian diumumkan seawal 7 malam selepas proses pengundian ditutup pada 5 petang ini," katanya.

    Sementara itu Pengerusi MPN PKR Perlis Noor Amin Ahmad memberitahu hampir 5,000 ahli akan membuat pengundian cabang PKR negeri itu secara dalam talian serta fizikal. Pemiloihan secara fizikal berlangsung berlangsung di sebuah hotel di Kangar.

    “Pemilihan cabang Perlis yang melibatkan Kangar, Arau dan Padang Besar berlangsung dengan baik, meskipun terdapat isu teknikal, ia tidak menjejaskan keseluruhan proses,” katanya.

    Pemilihan bagi jawatan PKR di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan bermula semalam hingga 20 April.

    Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan pula akan diadakan pada 24 Mei ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah