26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lantik Dusuki AG pilihan terbagus dan terbijak k'jaan – timb menteri

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kerajaan mempertahankan keputusannya melantik Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Peguam Negara yang baru.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata ia "keputusan terbaik" kerajaan

    Pemilihan Dusuki jelasnya dibuat berdasarkan kekananan, pengalaman dan keupayaannya sebagai seorang peguam.

    "Pemilihan kerajaan adalah pengundian yang terbijak, yang terbagus.

    "Kerana itu adalah senioriti beliau, beliau berpengalaman dan dia diketahui sebagai seorang peguam yang ada kebolehan.

    "Saya boleh katakan sedemikian kerana sy sendiri pernah berlawan berapa banyak kes dgn beliau di mahkamah.

    “He's above all these (dia berada di atas semua ini).

    Lepas, bebaskan Zahid dari tuduhan rasuah

    "Terdapat kebebasan dan integriti dalam perkara ini," kata Kulasegaran semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi ini.

    Timbalan menteri menjawab soalan tambahan daripada Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun), yang menyoal keputusan Putrajaya melantik Dusuki menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, yang baru-baru ini dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

    MENARIK:  KATA ADUN | Jiwa merdeka lawan undang-undang ‘draconian’

    Abd Ghani (gambar atas) turut membangkitkan perananan Dusuki dalam kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, khususnya dalam permohonan untuk pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kes rasuah Zahid.

    Kulasegaran menjelaskan Dusuki bukan satu-satunya peguam yang mengendalikan perbicaraan kes rasuah Zahid.

    Bagaimanapun, dia bersetuju dengan cadangan Abd Ghani supaya pelantikan Peguam Negara pada masa akan datang melalui jawatankuasa khas pengundian parlimen.

    "(Cadangan) itu adalah satu cadangan yang baik dan ia perlu dihalusi oleh kerajaan sebelum satu keputusan muktamad dibuat" kata Kulasegaran lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah