29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lampu hijau dari kabinet kaji semula Akta Komunikasi – menteri

    Shopee Sale

    Kabinet pada dasarnya bersetuju membenarkan Kementerian Komunikasi menjalankan kajian untuk mengkaji semula dan menambah baik Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Fahmi berkata cadangan pindaan akta itu akan menyaksikan hukuman lebih tinggi ke atas pemain industri yang melakukan kesalahan.

    Ini, katanya, bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk pengguna.

    “Kementerian akan mengkaji aspek seperti teknikal dan nilai (penalti) yang boleh dipertingkatkan lagi.

    "Sebagai contoh, kami telah menerima aduan mengenai kelewatan penyampaian perkhidmatan oleh (penyedia perkhidmatan) telekomunikasi dan kami mahu menanganinya," kata Fahmi semasa sidang media pasca kabinet yang diadakan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Cadangan gubal akta parlimen berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah