31.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kuil Hindu dapat tapak baru seluas 4,000 kaki persegi

    Shopee Sale

    Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akan dibina di atas tapak baru seluas 4,000 kaki persegi kira-kira 50 meter dari binaan yang ada sekarang, kata Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

    Saravanan memberitahu Malaysiakini, kawasan baru itu - yang masih terletak di Jalan Munshi Abdullah - akan menjadi tapak tetap kuil tersebut.

    "Ia akan diwartakan di bawah nama kuil itu. Orang kuil juga sangat gembira kerana ia berada di kawasan Jalan Masjid India sekarang.

    “Kuil sekarang boleh beroperasi seperti biasa sehinggalah kuil baru siap,” katanya.

    Terdahulu Saravanan bersama beberapa yang lain mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif.

    MENARIK:  Cadangan poligami tak masuk akal - MCA

    Turut hadir Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, serta Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan, serta ahli jawatankuasa kuil terbabit.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah