31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kuasa Agong isytihar darurat dibawa ke Mahkamah Rayuan

    Shopee Sale

    Seorang peguam ke Mahkamah Rayuan untuk penentuan jika Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menolak permintaan daripada perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan Darurat empat tahun lalu.

    Syed Iskandar Syed Jaafar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Feb yang menolak tindakan undang-undangnya atas alasan badan kehakiman tidak mempunyai kuasa untuk meneliti isu yang dikaitkan dengan prerogatif perlembagaan Seri Paduka Baginda.

    Peguam perayu R Kengadharan mengesahkan notis rayuan (NOA) difailkan semalam.

    Peguam itu menambah bahawa dia telah menulis kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan alasan penuh penghakiman yang menolak permohonan Syed Iskandar.

    Gambar Hiasan (Muhyiddin (kiri) ketika menghadap Al-Sultan Abdullah

    Pada 15 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.

    Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata meskipun pengisytiharan Darurat dilakukan oleh Seri Paduka mengikut Perkara 150, Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

    MENARIK:  Melawan arus, Mas Ermieyati tak tunduk pada ‘desakan’ letak jawatan

    "Walaupun peruntukan perlembagaan itu dari segi klausa penyingkiran akan dianggap sebagai ‘menutup pintu-pintu mahkamah’ kelihatan agak keras dan tidak adil, penyelesaiannya terletak kepada badan perundangan dan bukan mahkamah," katanya.

    Gambar Hiasan - Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh

    Hakim turut menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan saman Syed Iskandar terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang enggan bertindak atas nasihat Muhyiddin ketika itu, untuk mengisytiharkan darurat.

    Pada November 2020, Syed Iskandar yang memfailkan saman itu dengan menamakan kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan, memohon mahkamah memutuskan antara lain sama ada, berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa mutlak untuk mengisytiharkan darurat meskipun perdana menteri atau kabinet menasihatkan sebaliknya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah