30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Krisis tenaga global: Negara dalam mod kesiapsiagaan, jangan tuding jari – Zahid

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api.

    Justeru, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meminta semua pihak untuk tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kenaikan harga bahan api, sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

    Beliau berkata situasi semasa berpunca daripada krisis global dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya secara bersama.

    "Kita jangan berasa selesa dan jangan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan terutama kepada Perdana Menteri. Hakikatnya ialah kerana krisis global yang harus kita sama-sama hadapi," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.

    MENARIK:  'Tiga Adun PKR tewas pemilihan beri kelebihan PN Pahang'

    Mengenai tindakan pembangkan terus memainkan isu kenaikan harga bahan api sebagai modal politik, Presiden UMNO itu berkata perkara berkenaan adalah tidak wajar memandangkan situasi semasa adalah kesan langsung daripada perkembangan geopolitik antarabangsa.

    "Cubalah mereka (pembangkang) pergi ke Selat Hormuz sekarang atau cubalah mereka pergi ke negara Asia Barat, (biar) mereka lihat sendiri.

    "Kita bernasib baik sebenarnya...jadi jangan asyik menggunakan masalah global ini sebagai satu kesalahan pihak kerajaan. Ini hakikat yang harus kita terima," katanya.

    Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri petang ini, bagi menjelaskan situasi semasa serta memastikan kerajaan negeri memahami cabaran dihadapi negara susulan krisis global.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah