24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPM, KPT kerjasama saring pelajar cemerlang ke matrikulasi

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM atau program melalui UPUOnline.

    KPM dalam kenyataan memaklumkan hal itu bagi membolehkan mereka yang tidak ditawarkan tempat dapat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada pilihan program pelajar.

    “Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM manakala KPT akan fokus kepada kemasukan program-program asasi dan diploma di universiti awam,” menurut kenyataan itu.

    KPM memaklumkan ketetapan itu dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan daripada keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian.

    Pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.

    MENARIK:  Zamri Vinoth, Arun Dorasamy mengaku tidak bersalah

    “KPM menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi tempat kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam SPM dan memohon untuk melanjutkan pengajian akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

    “Kerajaan MADANI komited memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara,” menurut KPM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah