31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPKM buat kajian isu beras tempatan kurang sambutan

    Shopee Sale

    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang membuat kajian secara mendalam berhubung beras tempatan yang kurang laku di pasaran ketika ini.

    Menterinya Mohamad Sabu berkata isu itu timbul berikutan kadar harga bagi beras tempatan tidak terlalu jauh berbeza dengan beras import.

    "Beras pula ketika ini ada masalah kerana terlalu murah dan ada saingan pula dengan beras import. Justeru kita sedang buat kajian secara mendalam hal beras ini.

    "Hal ini kerana beras kita (tempatan) harga RM26 bagi 10 kilogram kurang laku..apabila ada beras import yang harganya tidak jauh (berbeza) dengan harga tempatan..beras tempatan mula ditinggalkan kembali.

    “Jadi kita kena buat kempen pula sekarang ini untuk beli beras tempatan," katanya.

    Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bank Bergerak dan Kampung Angkat Madani di Kampung Pantai Mek Mas, Kota Bharu hari ini.

    Ia turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

    MENARIK:  Dokumen dedah lebih 300 warga M'sia ada hartanah di Dubai

    Sebelum ini, media melaporkan KPKM sentiasa memantau harga runcit beras putih tempatan secara berterusan bagi memastikan ia kekal pada kadar RM2.60 sekilogram sementara kajian semula dilaksanakan.

    Langkah itu bagi memastikan rakyat terus memperoleh bekalan beras pada harga berpatutan susulan penamatan Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) Bersubsidi.

    Sementara itu, ditanya mengenai penamatan subsidi telur ayam, Mohamad berkata harga telur di pasaran terkawal walaupun subsidi ditamatkan sejak 1 Ogos lepas.

    "Alhamdulillah, setakat ini harganya terkawal..apabila ia membabitkan hal makanan kita tidak boleh cakap besar semuanya telah selesai, kita hanya boleh kata reda dan lega," katanya.

    Kerajaan sebelum ini memaklumkan subsidi telur dihentikan sepenuhnya bermula 1 Ogos, selepas pengurangan kadar subsidi daripada 10 sen kepada lima sen sebiji yang bermula pada 1 Mei lepas.

    Penstrukturan semula itu bertujuan memastikan bantuan disasarkan kepada golongan benar-benar memerlukan.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah