25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPDN serbu premis peniaga 'pilih bulu' jual minyak masak paket

    Shopee Sale

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sejumlah 78 kilogram minyak masak paket bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah premis di Kampung Acheh, Lumut di Ipoh semalam.

    Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata operasi itu hasil maklumat dan aduan orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap tindakan peniaga menjual minyak masak berkenaan kepada golongan tertentu.

    “Bertindak atas maklumat, satu tindakan uji beli (Ops Samar) dilaksanakan dan menurut pekerja kedai minyak masak paket telah habis dijual serta masih menunggu penghantaran.

    “Curiga dengan jawapan itu, pemeriksaan lanjut dijalankan dan menemukan sejumlah minyak masak paket di dalam bilik kecil yang disyaki dijadikan stor,” katanya menerusi satu kenyataan.

    MENARIK:  Skandal Sabah: Ucapan PM tentang 'persepsi' satu jenaka - Latheefa

    Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

    “KPDN memberikan amaran keras tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti atau sindiket penyalahgunaan barang-barang kawalan termasuk minyak masak paket bersubsidi,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah