30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan masuki fasa penting pelaksanaan komitmen MA63 – Saifuddin

    Shopee Sale

    Kerajaan MADANI kini berada pada fasa penting pelaksanaan komitmen Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui mesyuarat bersama yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Justeru itu, beliau berkata proses berkenaan tidak wajar diganggu oleh kenyataan atau pendapat yang boleh mendatangkan kekeliruan atau kegusaran dalam kalangan orang ramai.

    “Sebarang kenyataan berbaur hasutan berkaitan perjanjian ini berpotensi merosakkan hubungan harmoni yang telah lama terjalin antara Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan. Kenyataan tidak wajar boleh memberi implikasi kepada kestabilan persekutuan serta kepercayaan rakyat terhadap proses penyelesaian MA63,” katanya.

    Saifuddin Nasution berkata banyak progres telah dicapai, dan komitmen kerajaan terhadap perjanjian tersebut mesti dinilai berdasarkan pelaksanaan apa yang dipersetujui.

    MENARIK:  ‘Kajian terperinci perlu untuk fahami perbezaan caj rawatan hospital swasta’

    “Fokus kita adalah pada apa yang belum ditunaikan dan kekangan yang perlu diatasi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia 2025 di Kampung Sindang Baru, di Kota Samarahan hari ini.

    Beliau turut menegaskan rakyat kini mampu menilai pemimpin yang tidak menunjukkan kepentingan menjaga keamanan melalui pengawalan percakapan.

    Sebelum ini, media melaporkan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan Sarawak dan Sabah sebagai beban kepada Persekutuan selain turut mempersoalkan MA63.

    Dalam satu podcast, Zaid mencadangkan agar MA63 dibatalkan dan kedua-dua negeri itu dimerdekakan daripada Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah