25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K'jaan bentang RUU pisah peranan AG dan pendakwa tahun depan

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang untuk memisahkan perananan pendakwa raya daripada peguam negara selewat-lewatnya menjelang tahun depan, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

    Jelasnya, proses melaksanakan perubahan tersebut memerlukan masa kerana terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti oleh kerajaan, namun menegaskan komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi itu.

    "Sebenarnya nak pinda Perkara 145 tidak ada masalah. Kita ada majoriti lebih dua pertiga di parlimen.

    "Tetapi kajian empirikal itu perlu dibuat. YB dulu menteri, tahu perkara kalau nak bawa perubahan lebih mudah cakap berbanding melaksanakannya,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini.

    Kulasegaran menjawab soalan tambahan daripada Teresa Kok (PH-Seputeh), yang bertanya mengapa kerajaan mengambil masa yang lama untuk memisahkan perananan pendakwa raya daripada peguam negara.

    "Kerana kita perlu ada diskusi dan stakeholders, NGO.

    "Kerapkali beberapa NGO datang untuk mendapat penerangan dan sebagainya.

    "Selain dari itu kita juga ada jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas (parlimen). Maka ia memerlukan masa tetapi akhirnya kerajaan berpandangan bahawa sekurang-kurangnya tahun hadapan mesti perkara ini akan diselesaikan,” katanya lagi.

    MENARIK:  Upko sah keluar dari PH

    Bukan sengaja lengah

    Timbalan menteri itu berkata proses reformasi pemisahan kuasa peguam negara ini memerlukan rundingan yang meluas bagi memastikan segala aspek diambil kira.

    “Dalam melaksanakan reformasi, kita perlu mendapatkan pandangan daripada semua pihak yang terlibat. Setiap pihak ada keprihatinan masing-masing, dan ini memerlukan masa untuk kita pertimbangkan semua aspek,” jawab Kulasegaran.

    Teresa sebelum ini membangkitkan keperluan untuk mempercepatkan reformasi tersebut memandangkan isu konflik kepentingan yang timbul apabila peguam negara juga memegang perananan sebagai pendakwa raya.

    Kerajaan telah lama menerima desakan daripada pelbagai pihak termasuk NGO, peguam dan ahli arlimen untuk melaksanakan pemisahan ini bagi memastikan kebebasan institusi pendakwaan, mengelakkan konflik kepentingan dan meningkatkan ketelusan dalam sistem keadilan.

    Reformasi ini dijangka memerlukan pindaan kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, yang memberi kuasa kepada peguam negara untuk bertindak sebagai pendakwa raya.

    Setakat ini, kerajaan dilihat komited ke arah pemisahan fungsi tersebut, dengan langkah-langkah awal seperti kajian ilmiah dan perbincangan bersama pihak berkepentingan telah dimulakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah