Pelakon Ammar Alfian Aziz menitipkan nasihat kepada aktres Sharifah Haneesya agar tidak terlalu mengharapkan kemaafan atau pengiktirafan orang lain untuk mencari ketenangan dalam hidup.
Artikel Berkaitan: Sharifah Haneesya Enggan Lagi Mohon Maaf, Kesilapan 9 Tahun Lalu Masih Dipersoal – ‘Dosa Minum Aku Tanggung’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Alfian Tak Jadi Bersara, Dedah Hasrat Bakal Teroka Kerja Belakang Tabir – ‘Saya Tak Merajuk’
Ammar Alfian titip nasihat buat Sharifah Haneesya

Menerusi hantaran balas di Threads, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, berkata setiap orang pernah melakukan kesilapan, namun apa yang penting adalah belajar daripada pengalaman lalu dan terus melangkah ke hadapan.
Sebagai seseorang yang lebih berusia dan sudah lama berada dalam industri berbanding awak, saya sendiri sudah melakukan terlalu banyak kesilapan.
Apa yang boleh saya nasihatkan, jangan cari kebahagiaan atau ketenangan dengan mengharapkan kemaafan atau pengiktirafan daripada orang lain.
Dalam pada itu, pelakon filem Orang Perang ini menasihati Haneesya agar belajar daripada kesilapan lalu dan membuktikan perubahan dirinya.
Terima kesilapan sendiri, belajar daripadanya dan teruskan kehidupan.
Terus buat kerja yang baik, biarkan hasil kerja menjadi bukti dan tunjukkan melalui tindakan bahawa kesilapan lalu tidak menentukan siapa diri awak hari ini.
Kita terus melangkah ke hadapan. Allah Maha Pengampun. Semoga berjaya.
Pada Selasa, Haneesya meluahkan rasa terkilan apabila kesilapan yang dilakukannya hampir sembilan tahun lalu masih dipersoalkan sehingga membuatkan dia berasa seolah-olah ada pihak mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut.
Dia juga menegaskan tidak mahu lagi berulang kali memohon maaf kerana menganggap permohonan maaf yang dibuat sebelum ini sudah memadai.
Sebelum ini, Haneesya pernah dihambat kontroversi susulan sebuah video tular menunjukkan dirinya bersama rakan-rakan berseronok di sebuah kelab malam pada 2018.
Susulan insiden itu, kerjaya Haneeya terjejas termasuklah pelucutan gelaran Juara Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenanginya dan pembatalan beberapa tawaran berlakon.
Sumber: Threads
The post Ammar Alfian Titip Nasihat Buat Sharifah Haneesya – ‘Jangan Cari Ketenangan Daripada Kemaafan Orang Lain’ first appeared on OHBULAN!.





