Tidak ada sebarang rombakan kabinet dirancang setakat ini, kata Anwar Ibrahim.
Menurut perdana menteri ketika ini Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masih bercuti.
“Belum lagi, belum lagi… Mereka masih dalam cuti.
“Kita tak boleh gantikan mereka ketika mereka sedang bercuti,” katanya yang dipetik portal FMT semasa perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini.
Rafizi yang juga menteri ekonomi mengemukakan surat peletakan jawatannya semalam dan sedang bercuti sehingga 16 Jun ini. Peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan itu sepatutnya berkuat kuasa 17 Jun.
Nik Nazmi pula menngumumkan dia menyerahkan surat peletakan jawatan sejurus selepas Rafizi. Dia bercuti sehingga 3 Julai dan tarikh akhir dia menjadi menteri sepatutnya ialah 4 Julai.
[Laporan lanjut menyusul]





