25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khir Toyo sertai Bersatu

    Shopee Sale

    Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo telah menyertai Bersatu, kata Ketua Bersatu Melaka Rahim Tamby Chik.

    Bekas ketua menteri Melaka itu mendedahkannya melalui satu hantaran Facebook yang turut disertakan dengan gambar mereka makan tengah hari bersama beberapa individu lain.

    “Khir baharu saja menganggotai Bersatu dan berhasrat untuk berkongsi dan bertukar fikiran dengan pemimpin kanan demi memperkasakan keberkesanan jentera pilihan raya Bersatu dalam menghadapi PRU,” katanya.

    MENARIK:  Putrajaya sahkan tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit pembakaran hutan di Indonesia

    Namun tidak jelas bila Khir menyertai Bersatu, dan alasan dia membuat keputusan tersebut serta sama ada dirinya sudah melepaskan keahliannya dalam Umno.

    Khir juga adalah juga bekas pengerusi Umno dan BN Selangor yang sebelum ini masih aktif bersama parti itu.

    Bekas Adun Sungai Panjang selama tiga penggal itu, pernah dipenjara setahun kerana salah guna kuasa pada 2015 dan dibebaskan dengan parol selepas menjalani hukuman selama enam bulan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah