28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khir ingatkan PN usah ikut pepatah seluk pekasam

    Shopee Sale

    Seorang ahli politik veteran hari ini menawarkan sudut pandang tersendiri untuk mengulas ketegangan hubungan yang berlaku antara parti komponen PN dan berharap ia tidak merosakkan gabungan tersebut.

    Mohamad Khir Toyo berkata tuhan memberikan akal kepada manusia dan mereka boleh memilih mengambil jalan damai berbanding berseteru sehingga memalukan diri sendiri.

    Menceritakan bagaimana dia dibesarkan dalam keluarga yang jarang bertengkar, bekas Menteri Besar Selangor itu memberitahu mereka juga diperingatkan dari semasa ke semasa bahawa dalam hidup ini, akan selalu ada perbezaan pendapat.

    “Don’t wash dirty linen in public (Jangan buka pekung di dada).

    “Apa yang berlaku terhadap PN adalah sesuatu yang tak wajar berlaku terutamanya ketika waktu pilihan raya,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

    Dia yang pernah menjadi anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno dengan mendapat undi tertinggi turut mengingatkan bagaimana tindakan individu akan menentukan kedudukan mereka sebagai pemimpin.

    “Matangnya seorang pemimpin itu apabila mereka tahu menggunakan bilik mesyuarat sebagai medan untuk bercanggah fikiran dan mencari titik persetujuan pada akhir mesyuarat.

    MENARIK:  Ibu mentua presiden PAS meninggal dunia

    “Kebudak-budakanlah pemimipin itu apabila keluar bilik mesyuarat masih dengan pendirian dia sahaja yang betul.

    “Jika masing masing dengan sikap keras kepala, tidak ada titik persetujuan, kita sebenarnya bukan pemimpin tetapi hamba kepada nafsu kita sendiri,” katanya yang mengumumkan penyertaannya ke dalam Bersatu pada Ogos tahun lalu.

    Pandangan Mohamad Khir itu diutarakan ketika PAS dan Bersatu terus belum menunjukkan sebarang isyarat untuk berdamai di sebalik kedudukan mereka sebagai parti utama dalam PN.

    Percanggahan pandangan itu juga berterusan ketika kedua-duanya menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada 11 Julai ini.

    Dari semasa ke semasa pemimpin kedua-dua parti turut mengkritik antara satu sama lain secara terbuka.

    Menurut Mohamad Khir, seseorang pemimpin sepatutnya tahu bahawa cara untuk mencapai kemenangan ialah bersatu padu. Justeru, tambahnya, tidak ada sebab mengapa pergaduhan yang menjadi pilihan.

    “Jangan ikut pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, kerana akhirnya pekasam tak boleh dimakan, manakala lengan bau pekasam yang memualkan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah