28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khairy anggap Rafizi tak perlu keluar PKR, letak jawatan menteri

    Shopee Sale

    Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan tiada keperluan untuk Rafizi Ramli keluar PKR atau melepaskan jawatan menteri selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dalam pengundian hujung minggu lalu.

    Khairy berkata, Rafizi yang merupakan menteri ekonomi mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi serta mampu menyumbang idea dan tenaga walaupun tidak memegang jawatan penting.

    “Dia menyatakan atas dasar prinsip bahawa seseorang yang memegang jawatan kanan dalam parti yang membentuk kerajaan harus melepaskan jawatan sekiranya tidak lagi mempunyai kedudukan dalam parti.

    “Tetapi, pada saya, ia tidak semestinya begitu kerana ramai yang dilantik ke jawatan menteri berdasarkan kebolehan mereka, walaupun tidak mempunyai pengaruh dalam parti,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

    Kata Khairy lagi, lantikan dalam jemaah menteri bukan sekadar dibuat atas pertimbangan jawatan dalam parti, tetapi juga keupayaan individu.

    Dalam Pemilihan PKR baru-baru ini, Rafizi tewas kepada pencabarnya Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi, manakala Rafizi meraih 3,866 undi.

    MENARIK:  Anwar akan bincang akses darat hantar bantuan Gaza bersama presiden Mesir

    Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini dilaporkan sedia untuk melepaskan jawatan kabinet yang digalasnya sekiranya tewas dalam pengundian itu.

    Mengimbas kembali pengalamannya, Khairy berkata apa yang dialami Rafizi berbeza dengannya yang dipecat Umno selepas bertanding merebut jawatan presiden.

    “Saya dipecat daripada Umno manakala Rafizi tewas dalam pengundian PKR. Dahulu, saya juga pernah bertanding untuk jawatan presiden tetapi tewas kepada Ahmad Zahid Hamidi pada 2018. Ketika itu, saya tetap kekal dalam Umno

    “Apabila saya dipecat, saya tidak ada pilihan kerana keputusan telah dibuat untuk melucutkan keahlian saya. Saya tidak mempunyai masalah dengan parti, hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden. Hubungan dengan Ahmad Zahid juga baik.

    “Jadi, kepada Rafizi, teruskan perjuangan. Saya tidak nampak sebarang sebab atau keperluan untuk dia keluar PKR atau menubuhkan parti baru kerana saya tahu betapa komitednya Rafizi dengan perjuangan PKR sejak awal penubuhannya,” katanya yang menjadi menteri ketika era pentadbiran BN dan PN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah